the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Koroner beri amaran penyiaran eksibit inkues kematian Zara Qairina di media sosial

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang dikemukakan dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir menerusi media sosial.

Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan menyampaikan peringatan itu selepas menerima aduan berkenaan hal tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

“Saya menerima aduan bahawa terdapat beberapa eksibit yang telah dibocorkan dan saya ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak berkongsi perkara ini dengan sewenang-wenangnya,“ katanya.

Beliau menambah bahawa pihak berkuasa boleh mengambil tindakan berhubung dengan perkara ini.

Prosiding siasatan kematian remaja itu memasuki hari ketiga dengan mahkamah mendengar keterangan Nurul Atiqah Mohd Noh, seorang pemeriksa dokumen di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.

Nurut Atiqah memberikan keterangan bahawa pihaknya menerima 21 beg mengandungi empat buku nota, dua buku teks dan 15 keping kertas yang semuanya dikenal pasti sebagai milik si mati.

Prosiding siasatan akan bersambung selepas rehat tengah hari.

Zara Qairina yang berusia 13 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.

Pada 8 Ogos, Pejabat Peguam Negara mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings