the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Planetarium Negara tawarkan cerapan gerhana bulan penuh kepada ratusan pengunjung

KUALA LUMPUR: Hampir 500 pengunjung membanjiri Planetarium Negara seawal 9 malam bagi menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau blood moon dalam Program Pencerapan anjuran agensi berkenaan.

Fenomena itu tidak dapat dilihat sepenuhnya akibat cuaca kurang baik tetapi orang ramai masih berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra sekitar 11.30 malam.

Gerhana bulan penumbra berlaku ketika fasa bulan penuh apabila cahaya bulan menjadi suram akibat terlindung oleh bumi.

Fenomena ini sukar dilihat dengan mata kasar dan memerlukan bantuan teleskop yang dihalakan ke arah Timur.

Pengunjung Norazura Mohd, 38, berkata pengalaman kali pertama bersama anak-anak melihat fenomena itu menggunakan teleskop merupakan pendedahan awal mengenai ilmu astronomi.

“Anak kedua saya memang meminati bidang astronomi dan sangat teruja apabila mengetahui tentang program ini,“ katanya kepada Bernama.

Farisha Azmira Mohd Naim, 27, pula datang ke program itu semata-mata teruja untuk melihat blood moon buat kali pertama sambil menyifatkan fenomena itu sebagai bukti kekuasaan Ilahi.

Sebanyak lima teleskop disediakan termasuk satu khusus bagi siaran langsung di media sosial rasmi Planetarium Negara.

Pengarah Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor dilapor berkata perubahan warna bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai terus ke bulan.

“Fenomena gerhana kali ini bermula 11.28 malam Ahad dengan fasa penumbra sebelum mencapai puncak sekitar 2 pagi dan berakhir pada 4.55 pagi,“ katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei.

Fasa gerhana bulan terdiri daripada Fasa Penumbra bermula, Fasa Separa bermula, Fasa Penuh bermula, Fasa Penuh maksimum, Fasa Penuh berakhir, Fasa Separa berakhir dan Fasa Penumbra berakhir. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings