Tuesday, November 11, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Speedy Tigers tamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga selepas menewaskan China 4-1 dalam aksi penentuan hari ini.

Pasukan dikendalikan Sarjit Singh memulakan perlawanan di Stadium Hoki Universiti Bihar dengan cemerlang apabila mendahului seawal minit kelapan.

Norsyafiq Sumantri menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti untuk memberikan kelebihan awal kepada Malaysia.

Aksi lebih baik dipamerkan pada babak kedua dengan Mohamad Akhimullah Anuar Esook menjaringkan dua gol padang pada minit ke-36 dan ke-50.

Speedy Tigers menutup kemenangan bergaya 4-1 apabila Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menjaringkan gol keempat menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

China berjaya memperoleh gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti Gao Jiesheng pada minit ke-54.

Kemenangan ini membolehkan pasukan hoki negara menamatkan kejohanan di kedudukan ketiga keseluruhan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Cape EMS secures strategic capital to accelerate clean-energy growth in Johor–Singapore corridor

Cape EMS Bhd has been selected as one of the recipients of financing support under Maybank’s Johor–Singapore Economic Zone (JS-SEZ) initiative, aimed at driving cross-border trade and high-value manufacturing in the southern corridor. The financing — part of Maybank’s RM15 billion commitment for the JS-SEZ — will enable Cape EMS to expand its clean-energy and precision manufacturing capabilities, including battery energy storage systems (BESS), EV-related infrastructure, and smart-mobility solutions. This collaboration reinforces Cape EMS’s alignment with Malaysia’s National Energy Transition Roadmap (NETR) and the nation’s broader green-growth agenda.
spot_img

Popular Categories