the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembayaran STR Fasa 2 kepada 8.5 juta penerima mulai 24 Mac – MOF

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua mulai Isnin ini (24 Mac), yang melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan 8.5 juta penerima terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia, bakal mendapat bantuan sehingga RM650 menerusi STR Fasa Dua.

“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkatan peruntukan STR dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion, adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan sama.

Menurut kenyataan itu, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR, akan menerima pembayaran STR Fasa Dua melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR.

“Pendekatan terkini kerajaan ialah membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun, bagi memberi ruang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings