the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua beradik melecur di badan disyaki akibat bermain mercun bola

ALOR SETAR: Dua beradik lelaki masing-masing berusia empat dan tujuh tahun melecur di beberapa bahagian badan disyaki akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Baru, Kuala Nerang, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Supt Abdull Razak Osman berkata kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak itu bermain mercun di luar rumah tanpa disedari ibu bapa mereka pada 8.15 malam.

Beliau berkata polis menerima laporan kejadian tersebut pada 1.32 pagi tadi setelah kedua-dua mangsa dimasukkan ke Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kira-kira 9.30 malam.

“Semasa kejadian, ibu bapa dua kanak kanak tersebut menyatakan tidak menyedari kegiatan anak mereka bermain mercun di luar rumah dan dipercayai mercun jenis bola tersebut diperoleh dari rakan sekampung.

“Temu bual ke atas ibu kanak kanak tersebut menyatakan hanya menyedari kejadian tersebut setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah sebelum dia bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera. Sementara ayah kepada dua kanak-kanak ini tiada di rumah semasa kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdull Razak berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan seorang daripadanya yang berusia tujuh tahun dilaporkan parah, kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka berhubung kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings