the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah – Polis

SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihaknya masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

“Setakat ini 53 saksi telah dirakam percakapan dan siasatan masih diteruskan serta akan dirujuk kepada koroner setelah siasatan lengkap,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lagi mangsa masih berada di hospital dan dalam keadaan stabil serta memerlukan pemantauan rapi.

Sebelum ini Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, pada ambang tahun baharu disyaki mengambil dadah jenis ekstasi.

Selain empat mangsa terbabit, terdapat tiga lagi mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan mempunyai simptom sama seperti mangsa yang maut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings