the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia jelas untuk kekal berkecuali dan tidak akan terlibat dalam persaingan kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

“Kita menyokong sistem pelbagai hala berasaskan peraturan yang memastikan keadilan, ketelusan serta wakil untuk semua, terutama bagi Selatan Global,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini.

Anwar yang menerajui Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun ini, juga menekankan teras dasar luar utama perkumpulan itu adalah prinsip pemusatan agar dapat terlibat dengan semua negara, termasuk rakan kongsi tradisional di barat dan kuasa baharu muncul, terutama China di timur serta dengan negara lain di Asia.

Bersandarkan pendirian itu, Perdana Menteri berkata ASEAN perlu memperluas libat urus globalnya dengan melangkaui rakan-rakan tradisional.

“Langkah mengukuhkan hubungan dengan China, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), BRICS dan ekonomi lain yang baharu muncul bukanlah bertujuan untuk berpihak, sebaliknya bagi memastikan relevansi strategik ASEAN dalam dunia yang multipolar,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha mempelbagaikan kerjasama akan membolehkan ASEAN meningkatkan daya tahan ekonominya, meneroka peluang pelaburan baharu serta memainkan peranan proaktif dalam membentuk rangka kerja tadbir urus global.

Tambahan pula, tegas beliau, daya tahan ekonomi ASEAN akan bergantung kepada sejauh mana keberkesanannya mengemudi tiga cabaran utama — gangguan rantaian bekalan dan pempelbagaian; keterjaminan dan kemampanan tenaga selain ekonomi digital serta kecerdasan buatan (AI).

“Bagi memastikan kesemua negara anggota ASEAN meraih manfaat kemajuan teknologi, kita perlu mewujudkan satu piawaian seragam untuk perlindungan data, memudahcara kelancaran perdagangan digital rentas sempadan serta melabur dalam inisiatif pembangunan kapasiti yang merapatkan jurang digital.

“Menerusi usaha pemupukan ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum, ASEAN dapat berada di barisan hadapan ekonomi digital global, memacu pertumbuhan mampan serta kemakmuran bersama bagi rantau ini,“ kata beliau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings