the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Permohonan untuk tukar PDL kepada CDL boleh dibuat menerusi aplikasi MyJPJ bermula esok

PUTRAJAYA: Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata kemudahan itu dijangka memanfaatkan 2.38 juta pemegang PDL yang layak.

“Pengenalan fungsi baharu ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

“Dengan adanya fungsi baharu ini, pemegang lesen PDL boleh membuat permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi telefon pintar mereka,” menurut kenyataan itu.

Beliau berkata pemohon perlu memuat turut atau mengemas kini aplikasi MyJPJ sebelum log masuk bagi meneruskan beberapa langkah, iaitu memilih menu ‘Permohonan CDL’ dan ‘Tempoh Pembaharuan’.

Aedy Fadly berkata pemohon perlu memilih ‘Mod Bayaran’ dan membayar fi permohonan secara dalam talian bagi membolehkan permohonan mereka diproses.

“Seterusnya anda akan menerima notifikasi status permohonan,” katanya.

Aedy Fadly berkata fungsi baharu permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ itu adalah mudah dan cepat, menjimatkan masa, fleksibel dan mesra pengguna.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings