the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelantan adakan sesi libat urus atasi gejala dadah dalam masa terdekat – Exco

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan sesi libat urus melibatkan semua pihak berkepentingan atau agensi berkaitan bagi merangka pelan bersepadu dalam menangani isu penyalahgunaan dadah di negeri ini dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata buat masa ini pihaknya bekerjasama rapat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan, polis dan pusat pemulihan bagi mengatasi isu berkenaan.

“Kita juga sedang memperkemaskan dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) agar menjadi payung bagi penyelarasan semua aktiviti berkaitan pencegahan dan pemulihan dadah di Kelantan.

“Malah, kita juga akan terus memperbanyakan aktiviti rekreasi anak muda supaya masa mereka terisi dengan perkara yang bermanfaat, selain usaha pendidikan dan pencegahan terus dilaksanakan di semua peringkat,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022.

Saifuddin Nasution berkata Kelantan berada dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah tertinggi, berdasarkan nisbah per 100,000 penduduk diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah dengan 61 peratus daripada jumlah penagih pula berusia lingkungan 15 hingga 39 tahun.

Pendang, Kedah menjadi daerah yang mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan, manakala methamphetamine atau syabu dan amphetamine-type stimulants (ATS) merupakan dadah paling banyak disalahgunakan, yang didapati meningkat 34.4 peratus.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings