the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak

SEPANG: Dua lelaki warga tempatan ditahan bersama 18.97 kilogram (kg) dadah disyaki methamphentamine, dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pada 7 dan 8 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata dadah yang dianggarkan bernilai RM607,200 itu dipercayai untuk dipasarkan ke Sarawak.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan menyembunyikan bungkusan dadah dalam kotak makanan dan mencampurkannya dengan bungkusan makanan ringan lain bagi mengaburi pihak keselamatan.

“Mereka seterusnya menggunakan perkhidmatan self check-in yang mungkin dianggap sukar untuk dikesan pihak berkuasa,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata suspek pertama ditahan pada 6.30 petang, 7 Feb lepas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di kawasan balai pelepasan KLIA Terminal 2.

Beliau berkata hasil pertanyaan dan siasatan lanjut, suspek telah memandu arah pasukan polis ke sebuah bilik hotel di sekitar Sepang, membawa penemuan kepada satu kotak mengandungi lapan bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 8.43 kg.

Susulan daripada tangkapan dan rampasan tersebut polis menahan suspek kedua di kawasan balai pelepasan KLIA Terminal 2 keesokan harinya, serta merampas satu kotak mengandungi 10 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 10.54 kg.

Azman berkata jumlah keseluruhan dadah dirampas itu boleh dibekalkan kepada 94,875 orang penagih sehari.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah.

“Saringan awal air kencing suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek kedua pula negatif dadah. Kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings