the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Terengganu lengkapkan kertas siasatan kes pukul lelaki OKU

DUNGUN: Polis Terengganu telah menyiapkan kertas siasatan berkaitan kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman bulan lepas.

Ketua Polis Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan selepas menerima laporan perubatan daripada Hospital Kemaman.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya esok untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak pendakwa raya akan meneliti kes ini bagi menentukan sama ada semua suspek akan didakwa atau sebaliknya,“ katanya selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) ke-2 Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Dalam kejadian 17 Jan lepas, Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera dibelasah beberapa individu selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar satu daripada gerai jualan di pasar berkenaan.

Susulan itu, enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 146 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings