the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut

JERTIH: Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.46 petang daripada orang awam dan 13 anggota bersama dua jentera serta satu lori tangki telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kediaman separa kekal dua tingkat telah musnah 80 peratus. Sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah lori satu tan dan lima motosikal terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata api dipadamkan pada 9.04 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings