the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemimpin perlu mengenepikan perbezaan politik untuk berkhidmat kepada rakyat – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK: Pemimpin diingatkan agar mengenepikan perbezaan politik demi berkhidmat kepada rakyat, seru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata amanah dan mandat daripada rakyat perlu dilaksanakan tanpa mengira parti politik atau agama.

“Sebagai ahli politik, kita tidak boleh mempunyai warga yang berbeza-beza. Soal menang banyak atau menang sedikit itu perkara kedua. Yang penting, apabila menang sebagai Ahli Parlimen atau ADUN, kita perlu menjaga kepentingan semua.

“Rakyat, tanpa mengira parti politik, agama, kaum, ataupun perbezaan budaya dan bahasa, perlu diberikan perhatian yang sewajarnya,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan RC di Simpang Empat, Hutan Melintang, di sini, hari ini.

Dewan tersebut dibina oleh seorang ahli perniagaan kelahiran Bagan Datuk, M. Nagaraja, 69, yang juga seorang peniaga cendol sejak 47 tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata pemimpin perlu terus menyantuni rakyat di kawasan mereka, termasuk golongan muda, sama yang bekerja di kawasan sendiri atau berada di luar negara.

Bercerita lanjut mengenai Nagaraja, Ahmad Zahid berkata beliau mengenali Nagaraja sejak berusia 22 tahun. Selain menyumbang kepada pembinaan dewan, Nagaraja turut menerima gelaran Raja Cendol daripada Ahmad Zahid pada majlis Hari Raya 2007, yang kekal hingga kini sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangannya.

Selepas majlis itu, Ahmad Zahid turut berkesempatan mengunjungi keluarga angkatnya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Dato Hj Abdullah Ahmad, di sini yang juga merupakan rutinnya setiap tahun.

Beliau disambut oleh ahli keluarga angkatnya, Beh Song Wan, 62, atau lebih dikenali sebagai Bujang, bersama isterinya, Tian Mee Ping, 56, serta dua anak mereka.

Timbalan Perdana Menteri turut berkesempatan menggaul “yee sang” yang telah diubah suai dengan menggunakan bahan-bahan membuat pecal, makanan tradisi Jawa, seperti kangkung rebus, suhun, tauhu, timun serta sengkuang yang dimakan bersama kuah kacang.

Ahmad Zahid juga berkesempatan beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings