the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamed Khaled mulakan lawatan rasmi ke Thailand, kukuh kerjasama sempadan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Bangkok, Thailand untuk lawatan kerja rasmi dua hari bermula hari ini bagi memperkukuhkan kerjasama persempadanan kedua-dua negara.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebooknya, Mohamed Khaled memaklumkan beliau dijangka bertemu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand Phumtham Wechayachai pada lawatan tersebut.

“Seterusnya, saya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand ke-56 secara bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand Phumtham Wechayachai.

“Mesyuarat GBC ini berperanan sebagai platform utama dalam menguruskan kerjasama persempadanan melibatkan kedua-dua negara,” katanya.

Semalam, Mohamed Khaled tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (4.30 petang waktu tempatan) dengan disambut Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan Thailand Ketua Marsyal Udara Surarit Kitchathorn, Timbalan Ketua Misi Bong Yik Jui dan Atase Pertahanan Kedutaan Malaysia di Bangkok Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings