the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketetapan mengenai penstrukturan tadbir urus tiga Jawatankuasa Kabinet itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet menangani Denggi Bilangan 1/2025 yang dipengerusi beliau hari ini.

Tiga Jawatankuasa Kabinet terlibat ialah Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi, Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Kanak-Kanak.

“Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional yang akan (bermesyuarat) sebanyak tiga kali setahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai mesyuarat hari ini, Ahmad Zahid berkata KKM merekodkan 122,423 kes demam denggi dan 117 kematian pada 2024, iaitu penurunan kes denggi sebanyak 0.6 peratus dan peningkatan kematian 17.0 peratus berbanding 2023.

“Bilangan kes yang dilaporkan pada awal 2024 adalah melebihi 3,000 kes seminggu. Namun begitu, terdapat perkembangan positif apabila berlaku trend penurunan kes bermula pada Minggu Epidemiologi ke-29 (20 Julai 2024).

“Kini, purata kes mingguan telah menurun dengan ketara kepada kira-kira 1,200 hingga 1,500 kes sahaja setiap minggu dan berada di bawah paras median lima tahun,” katanya.

Setakat Minggu Epidemiologi ke-04 (25 Jan 2025), beliau berkata secara kumulatif sebanyak 5,537 kes demam denggi dan tiga kematian telah direkodkan berbanding 14,458 kes dan sembilan kematian pada tempoh yang sama pada 2024.

“Penurunan ini ialah hasil daripada usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk kementerian, jabatan, agensi, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat, yang berganding bahu memastikan persekitaran sentiasa bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Bagi memperkukuh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan denggi, Ahmad Zahid berkata semua kementerian, jabatan, agensi perlu memperkukuh inisiatif sedia ada serta mewujudkan inisiatif baharu berdasarkan kesesuaian melalui pendekatan Whole of Nation.

Mesyuarat turut memutuskan supaya usaha sama rakan strategik melibatkan kerajaan negeri, sektor awam, swasta dan NGO diperkukuh sepenuhnya dalam membantu sukarelawan MyCHAMPION COMBI melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi terutamanya dari aspek sumber kewangan, modal insan dan peralatan yang berkaitan.

“Selain itu, mesyuarat meminta supaya meneruskan pengoperasian pelepasan nyamuk aedes berWolbachia dengan penambahan 10 lokaliti baharu setiap tahun serta memperluas di negeri lain.

“Pada masa ini, hanya lapan negeri yang telah melaksanakan operasi berkenaan iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings