the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan

KLANG: Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula di Taman Perindustrian Kapar Indah, di sini minggu lepas (20 Jan).

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya mendapati kejadian berlaku akibat reaksi bahan kimia dengan siasatan lanjut kini diteruskan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

“Siasatan kami mendapati kejadian berpunca daripada reaksi bahan kimia dan tiada unsur kecuaian atau jenayah, polis juga telah selesai mengambil keterangan pemilik kilang, pekerja dan orang awam yang menyaksikan insiden tersebut.

“…turut dimaklumkan pihak kilang kini dalam proses pembersihan,“ katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra ke pasar pagi Taman Eng Ann di sini hari ini.

Sebelum ini, Vijaya dilaporkan berkata jumlah mangsa terlibat dalam kejadian tersebut ialah 33 orang yang kesemuanya mengalami kecederaan ringan seperti pedih pada bahagian mata dan sesak nafas.

Mengulas kes kebakaran kilang gas LPG di kawasan perindustrian Sungai Puloh, di sini beliau berkata seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia sekali gus menjadikan dua individu terkorban dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 22 Jan lepas.

“Warga asing berkenaan meninggal selang sehari selepas mangsa pertama, juga disebabkan kecederaan parah akibat terbakar dan kes ini sedang disiasat di bawah kematian mengejut,“ katanya.

Dalam pada itu, pada program hari ini Vijaya turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung agar mengisi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menerima 15 permohonan VSP, selain akan turut meningkatkan rondaan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings