the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kebakaran terbuka meningkat 300%, hampir 3,000 kes dilaporkan

Jabatan Bomba catat 2,917 kes kebakaran terbuka sejak awal tahun, melibatkan 328 hektar dengan peningkatan ketara 300% berbanding tempoh sama 2025.

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan 2,917 kes kebakaran terbuka sejak awal tahun hingga hari ini.

Kes-kes tersebut melibatkan kawasan seluas 328 hektar, mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 300% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah keluasan itu, 287 hektar telah berjaya dipadamkan manakala baki 41 hektar masih dalam proses pemadaman.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang amat signifikan berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya iaitu 729 kes pada 2025 yang melibatkan keluasan 11.19 hektar dan 66 kes pada 2024 dengan keluasan 55.03 hektar,” menurut kenyataan JBPM.

Kebakaran belukar dikenal pasti sebagai penyumbang utama dengan 2,187 kes atau 75% bagi tempoh berkenaan.

Selain itu, kebakaran di tapak pelupusan sampah haram turut menyumbang kepada peningkatan kumulatif kes dengan 431 kes direkodkan.

Peningkatan ketara itu boleh dikaitkan dengan keadaan cuaca semasa yang panas, kering serta berangin.

Keadaan cuaca ini dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia hingga 31 Jan ini.

“Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kemerebakan kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram,” menurut kenyataan itu.

Kes kebakaran terbuka yang masih aktif setakat ini tertumpu di Johor melibatkan beberapa kawasan tertentu.

Operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh JBPM Johor di lokasi-lokasi terbabit.

“JBPM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dan menasihatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka,” menurut kenyataan itu.

Orang awam juga dinasihatkan mematuhi peraturan dan langkah keselamatan yang ditetapkan.

Tindakan ini bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories