the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tunggu laporan perubatan lelaki OKU kena pukul

KUALA TERENGGANU: Polis masih menunggu laporan perubatan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang menjadi mangsa pukul dalam insiden di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada 17 Jan lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata pihaknya telah menghantar dan merujuk kertas siasatan membabitkan mangsa, Nor Al Faizan Jusoh, 47, kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau bagaimanapun berkata selepas penelitian dan semakan keterangan, pejabat Timbalan Pendakwa Raya telah mengarahkan supaya polis mendapatkan laporan lengkap perubatan dari Hospital Kemaman.

“Oleh itu, polis menasihatkan orang ramai atau mana-mana pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau mendatangkan kegusaran awam.

“Tindakan undang-undang boleh diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Muhamad berkata polis akan memastikan siasatan dijalankan secara telus serta adil, dan sebarang perkembangan berkaitan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Setakat ini, enam lelaki berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes yang mendapat perhatian masyarakat dan kepimpinan tertinggi negara itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings