the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Komunikasi akan adakan pertemuan dengan Meta bulan ini

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dijangka mengadakan pertemuan dengan Meta Platforms Inc bulan ini susulan peningkatan aduan kandungan penipuan atau scam membabitkan pelbagai platform media sosial kendalian syarikat itu.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kandungan bermasalah di platform Facebook dan WhatsApp daripada Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta orang awam.

Katanya setakat semalam, terdapat sekurang-kurangnya 31 akaun palsu yang menyamar sebagai Pusat Respons Scam Kebangsaan dikesan di platform media sosial di bawah Meta, dipercayai bagi memperdaya orang ramai.

“Maksudnya dalam Facebook, WhatsApp dan Instagram banyak kandungan scam dan kandungan bermasalah.”

“Sebelum ini, kita terima aduan tentang penjualan cecair vape mengandungi dadah, yang kebanyakannya dilihat dijual di Facebook.”

“Oleh kerana kerjasama Meta setakat ini bagi saya sangat tidak meyakinkan, saya telah mengarahkan supaya mereka dijemput untuk satu perbincangan dalam masa terdekat,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan@Kelab Malaysiaku Peringkat Kebangsaan 2025.

Fahmi berkata aduan mengenai penyalahgunaan platform media sosial bagi tujuan penipuan dan jenayah siber lain semakin meningkat, dan usaha menanganinya sedang giat dilaksanakan di pelbagai peringkat.

“Pada hari ini kita akan bertemu dengan pihak TikTok, dan selepas itu kita akan bertemu dengan pihak Meta.”

“(Pertemuan) kita harap dapat diadakan dalam masa beberapa minggu, jadi sekarang kita sedang menyusunnya,“ katanya.

Pada Selasa, Fahmi berkata pihak pengurusan tertinggi platform media sosial TikTok dipanggil ke Bukit Aman hari ini berikutan kelewatan syarikat itu memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu penyebaran berita palsu di platform berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia bersedia mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap platform media sosial yang membenarkan aktiviti jenayah siber.

“Kementerian Komunikasi turut mengambil maklum tindakan kerajaan Singapura yang mengenakan denda sehingga S$1 juta terhadap Meta atas kegagalan melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi menangani jenayah scam di platform mereka.”

“Kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap platform yang membenarkan penjenayah, terutama scammer, menyalahgunakan platform mereka untuk memangsakan rakyat Malaysia,“ katanya.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya mendedahkan beliau hampir menjadi mangsa penipuan apabila menerima mesej mencurigakan menerusi WhatsApp daripada individu yang menyamar sebagai seorang bekas Ahli Parlimen.

“Semalam ada seorang kononnya bekas Ahli Parlimen hantar mesej kepada saya dalam WhatsApp, namanya ‘Datuk Seri Hasan Arifin’.”

“Dia mesej saya dan mesej agak kelakar… (mesejnya adalah) Boleh minta bantuan sedikit, saya nak pinjam RM4,400, rupa-rupanya akaun WhatsApp dia telah digodam,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings