the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nurul Izzah bawa tonik berharga ke ACC 2025

NILAI: Bintang berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih tonik berharga untuk ‘menggegar’ Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 bulan hadapan apabila muncul juara acara pecut elit wanita pada Siri Satu Piala Presiden di sini hari ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu mempamerkan kayuhan cemerlang untuk mengetepikan pelumba Korea Selatan Kim Haeun dalam perebutan emas di Velodrom Nasional Malaysia yang turut menjadi venue bagi ACC 2025.

Nurul Izzah bermula langkah kanan dengan memenangi pusingan pertama sebelum kesilapan taktikal menyaksikan beliau tewas di pusingan kedua.

Belajar daripada kesilapan, atlet dari Kedah itu bangkit dengan kayuhan bertenaga untuk meraih kemenangan di pusingan penentuan.

Pingat gangsa diperoleh pelumba pelapis negara Nur Alyssa Mohd Farid.

Sebelum ini, Nurul Izzah antara yang tersenarai dalam senarai menggalas cabaran negara di ACC2025 sementara peluang terbuka buat pelumba lain membuktikan kemampuan untuk dipilih ke kejohanan itu berdasarkan prestasi dalam Siri Piala Presiden yang sedang berlangsung.

Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, beliau berkata kehadiran lebih ramai pelumba antarabangsa pada siri kali ini memberikan cabaran sengit.

“Memang sangat sukar sebab bersaing dengan Korea Selatan kerana mereka memiliki ramai pelumba senior yang kuat.

“Pada perlumbaan kedua saya agak perlahan kerana ada melakukan kesilapan taktikal namun saya tidak mengulangi perkara yang sama dan berjaya buat terbaik untuk perlumbaan penentuan,“ katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.

Dalam pada itu, bagi saingan pecut elit lelaki menyaksikan Muhammad Ridwan Sahrom merangkul pingat gangsa selepas menewaskan rakan senegara Muhammad Fadhil Mohd Zonis.

Emas diraih pelumba Australia Sam Gallagher setelah mengatasi pelumba Korea Selatan Bae Junhyeong yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings