the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki lemas ketika menyeberang sungai di Ngemah

SIBU: Seorang pekerja talian elektrik yang dilaporkan hilang ketika berenang menyeberangi sungai di Rh Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit petang semalam ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata Mohamad Hamizan Reduan, 25, ditemui 11.34 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), tiga meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Enam selaman dilakukan pada kedalaman lima meter di lokasi terakhir mangsa dilihat, di tengah-tengah sungai, dengan radius pencarian sembilan meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dipercayai lemas ketika berenang kembali ke rumah sewanya selepas makan tengah hari di seberang sungai.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings