the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit diunjur cecah 4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025 – Stanchart

KUALA LUMPUR: Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, sekali gus mengekalkan prospek positif daripada kedudukan lebih aset kewangan domestik yang lebih baik.

Ketua Ahli Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan Stanchart Edward Lee berkata ringgit juga telah mencatat prestasi kurang memberangsangkan sejak 2012 akibat sentimen yang berhati-hati.

“Saya berpendapat bahawa sentimen pada masa ini lebih seimbang, malah dari segi perspektif kedudukan pula, saya melihat prospek ringgit adalah positif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media bertajuk ‘Global & Malaysia Outlook for the First Half (1H) 2025’ di sini, hari ini.

Lee berkata ringgit telah mengatasi prestasi kukuh setakat 5 Dis, 2024 dengan kadar pertukaran efektif nominal (NEER) telah meningkat sebanyak 10 peratus sejak Februari 2024 yang mengatasi sedikit purata 10 tahun sebelumnya.

Menurutnya, seiring kedudukan Malaysia yang banyak bergantung kepada perdagangan dan terdedah kepada impak pertumbuhan China, sebarang dasar perdagangan diterajui AS yang negatif berkemungkinan memberi risiko kepada mata wang tempatan ini pada 2025.

Pada tahun lepas misalnya, keyakinan domestik terhadap ringgit telah mengukuh yang menyaksikannya muncul sebagai salah satu kelompok kecil mata wang yang mencatat pengukuhan berbanding dolar AS pada tempoh itu.

“Asas-asas domestik kekal positif. Kedudukan (ringgit) juga menggalakkan dengan deposit mata wang asing dalam negara yang tinggi manakala peruntukan industri pengurusan dana domestik kepada aset asing juga sememangnya tinggi.

“Langkah penghantaran pulang pendapatan asing oleh institusi tempatan serta aktiviti pelancongan ke Malaysia yang kukuh juga berkemungkinan dapat menguntungkan ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Stanchart menjangkakan pertumbuhan Malaysia pada 2025 kekal stabil pada 5.0 peratus, disokong oleh permintaan domestik serta sentimen perniagaan yang lebih positif.

Ia turut menyemak naik unjuran pertumbuhan bagi 2024 kepada 5.2 peratus daripada 4.8 peratus didorong oleh momentum pertumbuhan yang kukuh pada tiga suku pertama tahun ini serta kesan asas-asas yang menggalakkan.

Lee juga menyifatkan penggunaan swasta berkemungkinan besar dipacu oleh pasaran tenaga kerja yang sihat, kenaikan gaji penjawat awam dan akaun dana pencen fleksibel baharu manakala pelaburan swasta dijangka disokong oleh minat pembuatan yang kukuh di Malaysia dan kadar faedah yang tidak ketat.

Bagaimanapun, prospek global yang berhati-hati itu serta ancaman dasar perdagangan AS yang negatif mungkin boleh merencatkan sentimen pelaburan.

Di sebalik usaha meneruskan penyasaran subsidi pada 2025, beliau berkata pasukannya menjangkakan inflasi kekal terkawal pada 2.2 peratus tahun ini berbanding 1.9 peratus pada 2024 susulan inflasi lebih rendah daripada jangkaan pada 5 Dis, 2024.

“Oleh itu, kumpulan mengekalkan pandangan bahawa Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar dasar semalam pada 3.0 peratus dan sebarang keputusan kenaikan oleh bank pusat itu akan bersifat reaktif dan bukannya tindakan awal,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings