the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bomba bantu lelaki 350kg ke hospital

Bomba Melaka bantu hantar lelaki obes 350kg ke Hospital Alor Gajah selepas jatuh sakit di rumah, operasi ambil masa 20 minit

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor Gajah dari rumahnya di Kuala Sungai Baru di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata proses mengeluarkan lelaki berusia 40 tahun yang berada dalam keadaan lemah dari bilik air mengambil masa 20 minit disebabkan ruang sempit.

“Isteri lelaki itu memberitahu cuba membantu suaminya untuk keluar dari bilik air namun tidak berjaya menyebabkannya menghubungi bomba pada 2.56 pagi untuk meminta bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu yang bekerja sebagai guru dikatakan demam sejak lebih seminggu lepas dan berehat di rumah selepas diberikan cuti sakit.

Mohd Hafidzatullah berkata lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah terlibat dalam operasi itu perlu menenangkan lelaki tersebut yang menahan kesakitan akibat jangkitan kuman pada kaki selain menghidap asma.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories