the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu, kelindan maut lori jatuh gaung

KUANTAN: Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di KM42.1 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.16 malam.

Beliau berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong yang tiba di lokasi kejadian kemudian membantu mengeluarkan kedua-dua lelaki itu yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang.

“Operasi turut dibantu dua anjing pengesan (K9) sebelum bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada lori,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Salahuddin berkata mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakala mangsa kedua pada 9.30 pagi.

Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings