the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

​​​​​​​Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar AS merosot

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5080/5145 berbanding dolar AS daripada 4.5090/5135 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pergerakan itu disebabkan data akhir Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan AS, yang mencatatkan 56.8 pada Disember 2024—di bawah unjuran 58.5 dan bacaan pada November sebanyak 58.5.

Katanya DXY turut terjejas oleh laporan yang mencadangkan kemungkinan pengurangan skop tarif era Trump, yang dinafikan segera oleh bakal Presiden AS Donald Trump.

“Ini jelas menunjukkan bahawa dalam masa terdekat, sentimen pasaran tertumpu kepada dasar pentadbiran Trump yang akan datang dan potensi impaknya terhadap inflasi, yang akhirnya akan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai penurunan kadar faedah pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata kenyataan oleh Gabenor Fed Lisa Cook semalam menggesa kepada pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah seterusnya.

Oleh itu, katanya dolar AS dijangka kekal kukuh, membawa implikasi ringgit yang terus lemah.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah, kecuali berbanding yen Jepun. Ia meningkat kepada 2.8577/8622 daripada 2.8583/8614 semalam.

Mata wang tempatan rendah berbanding pound kepada 5.6395/6476 daripada 5.6250/6306 dan merosot berbanding euro kepada 4.6259/6424 daripada 4.6288/6345.

Sementara itu, ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik kepada 13.0116/0413 berbanding baht Thailand daripada 13.0194/0308 dan tinggi kepada 278.2/278.8 berbanding rupiah Indonesia daripada 278.3/278.7.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3052/3105 daripada 3.2989/3025 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.75.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings