the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sebarang dakwaan berkaitan isu penganiayaan akan disiasat dan diberikan perhatian serius.

“Sekiranya bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya kepada Bernama menerusi kiriman WhatsApp.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang Ahli Parlimen mengenai kejadian buli atau ragging keterlaluan membabitkan pelajar institusi ketenteraan di ibu negara.

Menerusi perkongsian di laman Facebook pada 3 Jan lepas, Ahli Parlimen itu mendakwa berlaku kejadian buli melibatkan beberapa pelajar di institusi ketenteraan itu sehingga membahayakan nyawa.

Beliau turut mendakwa suara ibu bapa disekat bagi mendedahkan kebenaran dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings