the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja kilang mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, video lucah

KUALA BERANG: Seorang pekerja kilang ais mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dan video lucah, minggu lepas.

Muhammad Affandi Mohd Azi, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Batangan dalam daerah Marang pada 8.50 malam, 23 Dis lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa ASP Tuan Norhasnida Tuan Nordin menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon rayuan rendah atas faktor kewangan selain menanggung seorang isteri.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli kemudian membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 15 Jan depan untuk penentuan hukuman di Mahkamah Majistret Marang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings