the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tidak kesan unsur kongsi gelap kes samun kilang barangan lusuh

KUALA LANGAT: Polis tidak mengesan sebarang unsur kongsi gelap dalam kes samun melibatkan 16 lelaki termasuk dua warga China di sebuah kilang barangan lusuh di Telok Panglima Garang di sini pada 9 Nov lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati kes berkenaan bermotifkan peribadi membabitkan urusan perniagaan bernilai RM400,000 yang tidak berjaya diuruskan dengan baik.

“Suspek dikatakan sudah bayar sejumlah wang kepada pihak kilang terbabit dan ada juga disertakan bukti, namun pihak pengurusan kilang tidak meyediakan barang yang kumpulan lelaki ini mahukan, jadi mereka bertindak sendiri dengan anggapan ditipu oleh pemilik kilang.

“Melalui siasatan awal ini, kita juga percaya mereka bukan satu kumpulan yang terancang, malah terlibat atas ajakan kawan,“ katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan Pejabat Imigresen Daerah Kuala Langat di sini hari ini.

Mengenai penglibatan dua warga China, Mohd Sufian berkata siasatan mendapati kedua-dua mereka berperanan sebagai penterjemah antara kumpulan lelaki terbabit dengan pengurusan kilang selain turut mempunyai pasport yang sah.

Beliau berkata seorang daripada suspek yang memiliki parang juga telah didakwa di bawah Akta Letupan dan Kakisan.

Sebelum ini, kesemua suspek berumur antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan pada 3.30 petang hari yang sama (9 Nov), kira-kira sejam selepas dilaporkan menyamun kilang terbabit menggunakan senjata parang dan pistol.

Tangkapan itu susulan laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan yang merupakan pengurus kilang itu kira-kira 2.30 petang, dengan menyatakan premis berkenaan telah didatangi sekumpulan lelaki dan bertindak merampas kepingan logam serta barang lusuh.

Barangan berkenaan kemudian dimuatkan ke dalam sebuah lori sebelum dilarikan kumpulan lelaki terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings