the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat bagi menampung kos penyelenggaraan di pusat pelancongan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kedua-dua lokasi yang menjadi antara tarikan di Port Dickson itu masing-masing telah mencatatkan kunjungan sebanyak 154,074 dan 201,113 individu pada tahun ini.

Beliau berkata selain daripada pameran ketenteraan dan galeri ikan hiasan marin, penyu dan terumbu karang yang menarik, kemasukan secara percuma di kedua-dua tempat itu mendorong kepada kehadiran pengunjung yang ramai pada setiap hari.

“Dengan itu, kerajaan negeri berpandangan pihak Muzium Tentera Darat dan Pusat Ikan Hiasan wajar mengenakan kutipan fi bagi membantu menampung segala kos perbelanjaan melibatkan penyelenggaraan serta menambah baik inventori, pameran dan lain-lain tujuan berkaitan,“ katanya di sini.

Dalam pada itu, Pengarah Perikanan negeri Kassim Tawe ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya terpaksa menanggung kos sekitar RM 350,000 setahun bagi tujuan makanan ikan dan penyu serta pembersihan Pusat Ikan Hiasan Marin di Port Dickson.

Kassim berkata pusat ikan hiasan yang dibuka sejak 2009 itu sebelum ini tidak pernah mengenakan bayaran dan kos operasinya diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sehingga kini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings