the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar M40 kurang berkemampuan layak manfaat Program Siswa Sulung – Zambry

KUALA LUMPUR: Program Siswa Sulung tidak terhad kepada pelajar daripada keluarga B40 sahaja, sebaliknya golongan M40 yang kurang berkemampuan juga boleh menerima manfaat program itu, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata program yang dikhususkan untuk anak pertama daripada keluarga kurang berkemampuan dan berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam (UA) telah memanfaatkan seramai 1,934 pelajar setakat ini.

“Golongan M40 yang mempunyai keluarga besar, contohnya dengan tujuh hingga lapan anak, dan memerlukan perbelanjaan tinggi untuk pendidikan, juga layak memohon program ini.”

“Bagi anak sulung daripada keluarga yang tidak berkemampuan, kita menyediakan pengecualian yuran pengajian dan penginapan sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti,“ katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) sama ada kementerian bercadang memperluaskan pengecualian yuran pengajian kepada pelajar keluarga M40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Zambry berkata kementerian memperkenalkan pelbagai inisiatif lain bagi menyokong pelajar universiti daripada keluarga kurang berkemampuan, termasuk bantuan sebanyak RM1,000 untuk menampung perbelanjaan sebelum mereka memperoleh pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata lebih 300 mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan di universiti menerima bantuan berkenaan bagi sesi akademik 2024/2025.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings