the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Haramkan TikTok bagi 16 tahun ke bawah jika masih gagal pastikan kandungan selamat

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan kerajaan supaya mempertimbangkan pengharaman penggunaan TikTok kepada mereka yang berumur 16 tahun ke bawah sekiranya platform itu masih gagal memastikan kandungan yang selamat.

Senator Datuk C. Sivaraj berkata isu kandungan tidak bermoral yang semakin berleluasa di platform TikTok merupakan satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan.

“TikTok dan platform asing lain lebih mementingkan keuntungan daripada menjaga nilai moral dan keselamatan pengguna, terutamanya anak muda. Algoritma penapisan kandungan mereka gagal sepenuhnya.

“Jika masalah ini berlarutan, mengharamkan TikTok sepenuhnya adalah satu langkah yang wajar demi kebaikan negara. Kita tidak boleh tunduk kepada platform yang tidak menghormati nilai dan prinsip kita,“ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam tempoh 2022 hingga 1 Dis lepas, sejumlah 3,571 laman web berunsur lucah telah disekat dan sebanyak 1,947 kandungan lucah di media sosial diturunkan, dengan 71.2 peratus daripada kandungan berkenaan melibatkan eksploitasi seksual kanak-kanak.

Sivaraj berkata walaupun kerajaan sudah menetapkan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), platform TikTok tetap menunjukkan kelemahan ketara dan seharusnya tidak membiarkan kepentingan asing merosakkan akhlak anak-anak.

Justeru, katanya kerajaan harus bertindak tegas dan melihat isu berkenaan dengan lebih jauh termasuk mempertimbangkan pembangunan platform media sosial tempatan yang lebih selamat dan terkawal.

“Platform ini bukan sahaja dapat melindungi anak-anak kita daripada pengaruh buruk, tetapi juga memberi peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan untuk memasarkan produk mereka secara berkesan.

“Dengan adanya platform digital kita sendiri, kita dapat memastikan data rakyat dilindungi dan kawalan berada di tangan kita,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings