the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi mahu rombakan Fasa 2 JENDELA, semak semula proses penetapan lokasi

PUTRAJAYA: Terdapat keperluan untuk merombak keseluruhan proses pelaksanaan Fasa 2 Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memastikan keberkesanan program tersebut, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata proses penetapan lokasi menara telekomunikasi perlu dikaji semula susulan pelbagai isu berkaitan ketidaksiapan menara dan kelewatan penyediaan kesalinghubungan oleh syarikat-syarikat yang diamanahkan.

“Saya minta untuk Fasa 2 JENDELA dirombak keseluruhan proses itu dan kita mengkaji semula cara kita tetapkan lokasi.

“Bayangkan, ada kontrak yang telah dikeluarkan untuk lokasi tertentu, tetapi selepas dua tahun, syarikat menyatakan mereka tidak dapat membina menara di lokasi tersebut. Bagi saya, itu tidak masuk akal,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bulan November di sini, hari ini.

Fahmi turut menyuarakan kebimbangan terhadap kadar ketidaksiapan menara di bawah Fasa 1 JENDELA, khususnya di Sabah, yang masih memerlukan perhatian serius.

“Sebagai contoh, di Sabah, setakat ini hanya 215 daripada 382 menara yang sepatutnya diserahkan telah siap. Lebih mengecewakan, daripada jumlah itu, hanya 61 peratus, atau 130 menara, yang berstatus ‘on air’,” katanya.

“Ini sangat tidak memuaskan. Setiap kali saya ke Sabah, kita akan adakan perbincangan dengan syarikat-syarikat yang diamanahkan. Mereka menandatangani kontrak, setuju untuk lakukan, tapi culas dan lewat,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi turut meluahkan kekecewaan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) besar yang dilihat gagal menjalankan tugas mereka.

“Kadangkala, menara telah siap lebih sembilan bulan tetapi masih tidak ‘on air’. Saya telah memanggil setiap CEO untuk memberi peringatan: “ Anda mesti siapkan tugas ini. Jika tidak, saya akan dedahkan nama dan nombor telefon anda di menara tersebut supaya rakyat tahu siapa yang melengah dan melambatkan projek ini.

“Selepas ini, saya mahu setiap ahli Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) mengetahui syarikat mana yang diberi tanggungjawab menyiapkan menara, dan telco mana yang bertanggungjawab menyediakan kesalinghubungan,” tegas beliau.

Menurut Fahmi, Jendela adalah program yang bertujuan untuk membantu rakyat di kawasan pedalaman yang tidak mendapat liputan telekomunikasi, dan bukan berasaskan keuntungan komersial.

“Ini adalah program untuk rakyat. Selepas ini, saya akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menghantar surat kepada setiap ADUN dan Ahli Parlimen bagi memaklumkan syarikat telekomunikasi mana yang gagal menyiapkan kerja selepas menara disiapkan,” katanya.

Program JENDELA yang dilancarkan pada 2020, adalah inisiatif kerajaan untuk meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings