the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trak ATM tergelincir redah banjir, kejadian tidak libat calon SPM

KOTA BHARU: Sebuah trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah tergelincir semasa Op Murni, namun kejadian tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dan telah beroperasi sepenuhnya.

“Operasi khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya tanpa berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini kepada semua pelajar sekolah.

“Trak berkenaan telah tergelincir semasa melalui jalan raya yang ditenggelami air banjir,“ menurut kenyataan itu.

Terdahulu, ATM menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) telah melaksanakan operasi berkenaan dengan memindahkan 300 calon SPM yang terkandas banjir di Rantau Panjang.

Menurut kenyataan itu, operasi bermula pada 7 pagi itu mengambil masa selama lima jam memandangkan pergerakan perlu mengharungi dua lokasi ditenggelami air.

“Operasi memindahkan kesemua calon melibatkan beberapa sekolah termasuk Maahad Muhammadi Rantau Panjang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang dengan mereka dipindahkan ke tiga sekolah berasrama di Pasir Mas.

“Pelaksanaan operasi khas ini telah dibincangkan bersama antara Panglima 8 Briged dan Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan serta dibantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kelantan,“ menurut kenyataan itu.

Operasi berkenaan melibatkan penggunaan 11 trak dan 12 bot tempur manakala penduduk setempat yang memerlukan bantuan pemindahan boleh menghubungi mana-mana PKOB berhampiran untuk koordinasi bantuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings