the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga pukul bekas isteri sehingga koma dihukum penjara 10 tahun

JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isteri ketiganya sehingga koma pada Jun 2021.

Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosmaini Abg Raof, 41, selepas mahkamah berpuas hati dengan pendakwaan kerana berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini didakwa telah memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki ke belakang tangan Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang ketika itu sedang mengandung 10 minggu, dan kini terlantar koma.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada 6 pagi, 4 Mei 2021.

Atas kesalahan terbabit, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda serta boleh dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Jahidah yang merupakan seorang penjawat awam telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 Nov 2021.

Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Seremban telah membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Feb 2023.

Pada 3 Nov lepas, keputusan akhir kes pembelaan itu terpaksa ditangguhkan selepas Rosmaini gagal hadir ke mahkamah atas alasan dimasukkan ke wad hospital kerana tidak sihat.

Mahkamah turut menolak permohonan barisan peguam tertuduh diketuai Kamal Hisham Ja’afar untuk menangguhkan hukuman sehingga rayuan dibuat ke Mahkamah Tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Mamu manakala tertuduh diwakili peguam Kamal Hisham, Mohd Salleh Togimin dan Aina Kamilah Zalizan.

Peguam pemerhati yang mewakili keluarga Jahidah, Muhammad Hazeem Mohd Norizan dan Syufri A Samad, turut hadir mengikuti prosiding berkenaan.

Sementara itu, adik Jahidah, Fauziah, 43, yang ditemui media selepas prosiding mahkamah berkata dia bersyukur penantian lebih tiga tahun untuk mendapatkan keadilan buat kakaknya telah berakhir.

“Syukur alhamdulillah, kes sudah selesai hari ini … selepas ini kami akan teruskan kehidupan macam biasa, jaga Kak Jahidah, semoga dia cepat sembuh dan anak Kak Jahidah membesar dengan baik,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings