the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pindaan Kanun Keseksaan tangani isu buli dalam talian dibentangkan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2024 bagi menangani secara khusus isu buli yang dilakukan dalam apa-apa cara atau kaedah termasuk dalam talian, dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang memaklumkan bacaan kali kedua RUU itu akan dibuat pada mesyuarat kali ini.

Menerusi RUU itu, subseksyen baharu 507D(2) dicadangkan bertujuan menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang dalam apa-apa cara yang menggunakan perkataan atau komunikasi mengugut, menghina atau mencela dengan niat memprovokasi seseorang dan menyebabkan kemudaratan kepada dirinya atau kepada orang lain.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh yang boleh dilanjutkan hingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Subseksyen itu juga memperuntukkan bahawa jika orang yang diprovokasi cuba untuk membunuh diri atau membunuh diri akibat provokasi itu, hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan ialah pemenjaraan bagi suatu tempoh yang boleh dilanjutkan hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

RUU itu turut mencadangkan subseksyen baharu 507E untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang dan melalui apa-apa kaedah menyiarkan, mengedarkan atau menjadikan tersedia apa-apa maklumat identiti seseorang dengan niat menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan terhadapnya.

Dalam pada itu, Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024 bagi bacaan kali pertama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings