the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKDW pantau kecukupan infrastruktur asas luar bandar

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memantau kecukupan infrastruktur asas dan kemudahan sosial di luar bandar dengan menggunakan input daripada sistem pemantauan projek dalaman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta MyProject yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata data-data tersebut dijadikan sebagai panduan utama dalam mengukur tahap keberkesanan program dan projek yang dilaksanakan di luar bandar.

“KKDW juga menggunakan data-data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia seperti laporan survei kemudahan asas, My Local Stats, serta Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMS),” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong yang ingin mengetahui mengenai trend migrasi penduduk dari desa ke bandar serta penilaian kecukupan infrastruktur asas dan kemudahan sosial di luar bandar.

Dalam pada itu, Rubiah berkata Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) turut menjadi panduan dalam melaksanakan pembangunan luar bandar melalui pendekatan yang lebih holistik merangkumi peningkatan infrastruktur, pengembangan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pemberdayaan komuniti.

“Setiap tahun KKDW akan mengadakan bengkel bagi memberi fokus dalam merangka perancangan setiap tahun.

“Jika tahun depan, kita sudah bermula pada Januari kerana walaupun bajet telah diluluskan, fokus-fokus tertentu perlu diambil kira agar setiap projek yang dijalankan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat luar bandar,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings