the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis P. Pinang tahan 1,757 dalam 1,411 operasi Op Dadu

KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang menjalankan 1,411 operasi menerusi Ops Dadu melibatkan pelbagai kegiatan perjudian di negeri itu sepanjang tempoh 11 bulan tahun ini.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata 1,757 indidivu ditahan dalam serbuan berkenaan dan pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM303,000.

“Serbuan paling banyak ialah loteri awam harian iaitu 1,019 operasi dan seramai 1,024 orang ditahan bersama wang tunai kira-kira RM86,000 diikuti judi dalam talian (JOL) sebanyak 324 serbuan dan 414 tangkapan serta wang tunai sekitar RM85,700 dirampas,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang di dataran stor barang kes berpusat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU) di Jalan Kedah di sini yang turut dihadiri Ketua JSJ negeri SAC Zailani Amit.

Mohd Alwi berkata pihaknya juga berjaya menumpaskan enam pusat panggilan dengan menahan 33 individu serta merampas wang tunai RM4,623 manakala bagi kes judi dalam bangunan, 18 serbuan dilakukan melibatkan tangkapan 144 orang dan rampasan RM72,639 selain pelbagai peralatan dan peranti elektronik sepanjang operasi.

Beliau berkata polis Pulau Pinang akan terus menjalankan pemantauan dan operasi secara berterusan bagi menangani kegiatan perjudian di negeri itu.

Mohd Alwi turut menafikan pihaknya memberikan perlindungan kepada sindiket penjudian seperti dimuat naik sebuah laman Telegram malah sentiasa menjalankan operasi dengan kerjasama agensi lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya antara langkah diambil untuk membanteras kegiatan itu termasuk menyekat laman sesawang perjudian dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan bekerjasama dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air untuk memotong bekalan di premis sindiket.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings