the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu akan bertindak mengurangkan kadar faedahnya pada lewat hari ini.

Namun, pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.4550/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal suram ketika data jualan runcit AS meningkat pada November, menokok 0.7 peratus bulan ke bulan daripada 0.5 peratus dalam bulan sebelumnya, sekali gus mengatasi jangkaan awal.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal pada paras 106.956 mata apabila data AS menunjukkan ketahanan ekonomi negara maju itu selepas peningkatan Jualan Runcit AS pada November yang kian kukuh.

“Jualan Bukan Runcit yang memaparkan aktiviti belian dalam talian telah meningkat 1.8 peratus bulan ke bulan pada November dan menyumbang sebanyak 17.5 peratus daripada jumlah jualan runcit. Ini menggambarkan minat berbelanja dalam kalangan negara maju itu sememangnya kukuh,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, Mohd Afzanizam berkata pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan membayangkan sentimen menaikkan kadar faedah apabila membuat keputusan pada akhir mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, hari ini.

“Oleh itu, ringgit berkemungkinan kekal rendah apabila dolar AS terus mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6619/6809 daripada 5.6646/6703, mengukuh berbanding euro kepada 4.6751/6908 daripada 4.6815/686 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9008/9109 daripada 2.9028/9059, sebelum ini.

Prestasi ringgit bagaimanapun bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3002/3116 daripada 3.3048/3087 pada Selasa, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 276.6/277.7 daripada 277.2/277.6 semalam.

Selain itu, ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina di paras 7.56/7.59 daripada 7.58/7.59 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun susut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.0259/0805 daripada 13.0236/0440.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings