the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan terus berjuang memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dilaksanakan dengan menggubal semula 16 seksyen yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Februari lepas.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara berkenaan, terutama dalam mendepani cabaran semasa.

“Ini memberi isyarat bahawa kita tidak ‘matikan enjin kereta’, hanya tunggu lampu hijau untuk bergerak bagi pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan secara menyeluruh,” kata beliau berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah 2024, di sini hari ini.

Mohd Nassuruddin berkata sambutan itu yang diadakan setiap tahun adalah bagi menzahirkan kesungguhan, iltizam dan komitmen tinggi dalam memartabatkan undang-undang berkenaan sekali gus meninggikan syiar Islam di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata jawatankuasa teknikal telah dibentuk bulan lepas, bagi menyediakan draf pindaan kepada 16 seksyen yang telah terbatal.

“Jawatankuasa khas itu dianggotai 15 pakar perundangan dan dijangka menyiapkan draf itu hujung tahun ini, sebelum dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb memutuskan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan adalah batal dan tidak sah, selepas membenarkan permohonan seorang peguam yang berasal dari Kelantan dan anaknya bagi mencabar isu perlembagaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings