the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah

KUANTAN: Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands pada 23 Okt lepas, seperti dalam satu rakaman video yang tular sejak tengah hari tadi telah ditahan serta dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata tiga daripada mereka termasuk lelaki warga asing dituduh pada 28 Okt lepas mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala empat lagi telah dibebaskan setelah mendapat arahan Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata kesemua lelaki itu berumur lingkungan 39 hingga 70 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kekerasan dan harta benda.

“Insiden berlaku kira-kira 3.15 petang melibatkan lapan lelaki manakala polis menerima laporan sekitar 5.55 petang hari sama.

“Tujuh ditahan bagi membantu siasatan dan hasil siasatan mendapati, kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran berkaitan insurans cip kasino bernilai RM100 yang perlu dibayar seorang daripada lelaki itu,” katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata kejadian telah menyebabkan sebahagian daripada mereka cedera ringan dan dirawat di hospital.

Beliau sehubungan itu memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berikutan kes berkenaan kerana telah disiasat dan didakwa di mahkamah.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat menerusi pelbagai platform media sosial menunjukkan beberapa individu bergaduh di sebuah kasino.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings