the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Februari tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Teo berkata RUU tersebut membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme selain membangunkan kod etika pelaporan dan penyediaan mekanisme aduan bebas dan telus.

“Majlis Media Malaysia akan menjadi platform menyelesaikan pertikaian media, meningkatkan keyakinan awam terhadap laporan berita yang sahih dan bertanggungjawab.

“RUU ini juga menggariskan fungsi, kuasa, keahlian, serta kod tingkah laku profesional pengamal media, menyumbang kepada kestabilan politik dan keselamatan negara,“ katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program Latihan Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management di sini malam ini.

Untuk rekod, RUU berkenaan yang bertujuan menubuhkan badan kawal selia kendiri demi menjaga kepentingan media dan pengamal media, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 12 Dis lepas.

Sementara itu, program Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management yang dikelolakan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) akan merangkumi modul latihan untuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penyuntingan, penulisan automatik dan analisis data dalam bidang kewartawanan.

Teo berkata program dua hari itu akan bermula esok secara berperingkat di enam wilayah bermula di wilayah Lembah Klang iaitu di Cyberjaya; Sarawak; Sabah; wilayah selatan di Johor; wilayah pantai timur di Terengganu dan wilayah utara di Pulau Pinang.

“Bagi memastikan setiap pengamal media dapat mengikuti program latihan ini, MPI mengambil inisiatif membuka penyertaan mengikut wilayah. Dengan jumlah 120 pengamal media dan 30 pegawai MCMC, saya amat berharap peluang ini digunakan sebaik mungkin,“ katanya.

Turut hadir Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings