the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KUSKOP lancar inisiatif baharu usahawan India, tambah dana RM136 juta

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melancarkan inisiatif baharu kepada usahawan India melibatkan penambahan dana pembiayaan berjumlah RM136 juta.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri R.Ramanan berkata antara inisiatif yang dilancarkan adalah Program PENN (Prosperity, Empowerment and A New Normal for Indian Women) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia berjumlah RM50 juta.

“Kuskop telah memperkenalkan Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) berjumlah RM50 juta.

“Turut diperkenalkan adalah Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) berjumlah RM6 juta dan Program SPUMI (Skim Pembangunan Usahawan India) Goes Big berjumlah RM30 juta,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Muslimin Yahya (PN-Sungai Besar) berkenaan inisiatif pembaharuan Kuskop secara komprehensif khususnya dalam memacu pertumbuhan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sementara itu, Ramanan berkata Kuskop juga akan terus menggalakkan penglibatan PMKS dalam aktiviti bernilai dan mempunyai pertumbuhan tinggi yang mampu memberikan sumbangan lebih besar kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

“Ia bagi menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bagi meningkatkan daya saing dan penyertaan PMKS dalam rantaian nilai industri pembuatan berpertumbuhan tinggi di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Menurutnya PMKS telah mencatat pertumbuhan lima peratus untuk menyumbang sebanyak RM613.1 bilion pada 2023 berbanding RM584.1 bilion pada 2022.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings