the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tukang sapu sebar, jual kandungan papar kegiatan ‘swinger’ didenda RM80,000

ALOR SETAR: Seorang tukang sapu hari ini didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah yang memaparkan kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, atau swinger, dari bulan Januari hingga Februari lepas.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu selepas Kamarulnazri Desa @ Yahaya, 45, mengaku bersalah.

Dia didakwa menggunakan aplikasi X (Twitter) “@Ayie_Noryn2016” untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Jan dan 4 Feb lepas mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kamarulnazri juga didakwa menggunakan aplikasi X (Twitter) “@Ayie Noryn2016” untuk memberikan komunikasi lucah iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 dan 17 Feb lepas mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesemua kandungan telah dilihat di lbu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra pada 20 Feb lepas pada 11.10 hingga 11.30 pagi.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Faten Hadni Khairuddin manakala Kamarulnazri tidak diwakili peguam.

Difahamkan tertuduh tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara berjumlah dua tahun (enam bulan bagi setiap pertuduhan).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings