the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand

KOTA BHARU: Polis mengakui ramai penduduk di Kelantan termasuk anak muda dalam usia belasan tahun sanggup mengambil risiko merentas sempadan dan menggunakan laluan tidak sah bagi memasuki Thailand semata-mata untuk berhibur pada hujung minggu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand berbanding menggunakan laluan sah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

“Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh rakan sejawat saya di Thailand yang memaklumkan kunjungan rakyat Malaysia dalam kalangan anak muda begitu ramai terutama pada hari minggu iaitu Jumaat dan Sabtu untuk ke kelab malam sehingga terpaksa menunggu syif untuk masuk ke pusat hiburan itu.

“Kebanyakan mereka akan ke Thailand pada petang Khamis sebelum pulang semula ke Kelantan pada Sabtu,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata isu berhubung kunjungan anak muda dari Kelantan ke kelab malam di Golok itu juga baru dibincangkan bersama Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mohd Yusoff Mamat juga berkata bagi menyekat sepenuhnya perbuatan itu, pihaknya hanya memiliki kuasa yang terbatas.

“Jika undang-undang di negara kita, warga asing yang masuk secara haram kita akan tangkap di bawah Akta Imigresen,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings