the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki didakwa tipu pembekalan emas, penawaran skim pelaburan ‘Paddy Jewellery’ tak wujud

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai penyedia makanan di sebuah hospital mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan, termasuk menipu berhubung pembekalan emas dan penawaran skim pelaburan emas ‘Paddy Jewellery’ yang tidak wujud, membabitkan wang berjumlah RM310,550 antara Mei 2022 dan Ogos tahun ini.

Rosdi Abd Malek, 35, didakwa menipu seorang wanita berusia 38 tahun yang juga pengurus barangan perkakasan dengan memperdayakannya untuk melabur dalam skim pelaburan Paddy Jewellery yang tidak wujud, sehingga mendorong mangsa memasukkan wang sebanyak RM153,900 ke dua akaun bank milik syarikat tersebut (Paddy Jewellery) di sebuah apartmen di Bandar Tun Razak, Cheras, pada Mei 2022.

Tertuduh turut didakwa menipu seorang pekerja hospital berusia 47 tahun dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai tertuduh boleh membekalkan emas pada harga kurang daripada harga pasaran emas sehingga mendorong mangsa memasukkan RM156,650 ke dalam akaun bank milik syarikat sama di sebuah hospital di Jalan Pahang di sini pada 13 Mei hingga 19 Ogos lepas.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Rosdi juga berdepan pertuduhan menerima deposit berjumlah RM153,900 daripada wanita sama melalui dua akaun bank serupa atas nama syarikat Paddy Jewellery tanpa lesen sah di lokasi sama (apartment) pada 20 Feb hingga 28 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM35,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-ketiga pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai dan menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak dan M. Saravanan manakala tertuduh diwakili peguam Davey Wan Guan Hui.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima 69 laporan polis berkaitan penipuan pelaburan emas ‘PA Jewellery’ dan ‘Paddy Jewellery’ dengan melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM48.5 juta.

Siasatan awal mendedahkan skim pelaburan itu menawarkan lima pakej pelaburan berbeza dengan pulangan berdasarkan harga emas semasa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings