the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia berpotensi teroka REE bagi menyokong industri pembuatan EV – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri unsur nadir bumi (REE) di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik (EV).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hala tuju REE terkini yang melihat kepada keseluruhan rantaian nilai di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Keenam Tahun 2024 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Katanya kajian cadangan model perniagaan untuk industri REE ini telah dilaksanakan oleh Akademi Sains Malaysia dengan melihat keseluruhan ekosistem itu.

“Malaysia memiliki potensi yang besar untuk terlibat dalam industri ini terutamanya di peringkat hiliran untuk menjadi negara pengeluar yang menyokong perkembangan industri pembuatan EV.

“Namun, ekosistem ini memerlukan adanya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber mentah REE dalam bentuk rare earth carbonate (REC) yang dikeluarkan dan dihasilkan oleh lombong-lombong tempatan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata syarikat perlombongan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd, telah memberi komitmen dan bersedia membuka kemudahan kepada Malaysia untuk memproses REE negara ini.

“Sekarang proses REE dari Australia berbeza dengan Malaysia. Lynas beri komitmen bahawa mereka sedia untuk membuka satu lagi kemudahan bagi memproses REE dari negara kita,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun komitmen syarikat itu perlu mematuhi syarat-syarat alam sekitar, kesihatan dan keselamatan yang ketat.

“Di pihak Lynas, mereka meminta tempoh lesen yang panjang dan perkara ini sedang dibincangkan secara terbuka untuk dinilai. Ini kerana pembukaan kemudahan baharu memerlukan pelaburan yang besar dan sekiranya permohonan itu tidak diluluskan, maka tiada masa depan untuk mereka di sini,” katanya.

Buat masa ini, hasil produk Lynas yang diterima dari Australia diproses dan dieksport ke luar negara seperti Vietnam dan Jepun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings