the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kehadiran ulama ke majlis sama’ hadis sahih al-Bukhari cermin komitmen M’sia pelihara warisan ilmu

PUTRAJAYA: Kehadiran ulama dan ilmuan tersohor termasuk dari luar negara untuk menyampaikan syarahan serta memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap hadis sahih al-Bukhari mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memelihara warisan ilmu Islam serta mempertahankan nilai kesatuan dalam kalangan umat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata penganjuran Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 bermula hari ini hingga 21 Nov selaras dengan aspirasi kerajaan yang bercita-cita untuk memupuk nilai kesatuan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam.

“Kami sentiasa memuliakan ilmu pengetahuan dan meraikan kehadiran ulama. Selamat datang diucapkan kepada para ulama dan tetamu yang dihormati.

“Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di sini sangat bermakna bagi kami di Malaysia kerana keberadaan kalian di tanah air kami merupakan satu kebanggaan dan keberkatan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu yang dianjurkan oleh agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra di sini malam ini.

Majlis julung kali diadakan itu yang bertemakan “Menyemai Ilmu, Mengukuh Perpaduan, Menjulang Negara MADANI” menghimpunkan 16 ulama serta ilmuan tersohor dari Malaysia dan beberapa negara antaranya Indonesia, Syria, Mesir, India dan Tunisia.

Mohd Na’im berkata penganjuran majlis itu merupakan usaha murni kerajaan untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap hadis Nabi Muhammad SAW serta menghargai warisan ilmu yang ditinggalkan oleh para ulama terdahulu.

Beliau berkata penganjuran itu turut menyahut ajaran agama Islam yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan, ilmu rohani dan duniawi kerana ia menjadi asas pembinaan tamadun manusia.

Bagi mengukuhkan perpaduan, beliau berkata umat Islam perlu berpegang teguh kepada prinsip persaudaraan yang ditekankan dalam al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

“Saya harap program ini dapat menjadi asas untuk memperkukuh lagi hubungan persaudaraan dan kesatuan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar penganjuran majlis seumpama itu diteruskan bagi memastikan Malaysia menjadi model negara Islam yang mengutamakan ilmu, perpaduan dan kemajuan dalam pelbagai bidang.

“Marilah kita meneruskan komitmen dan usaha dalam memelihara serta memperkasakan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Usai majlis berkenaan, Mohd Na’im bersama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat hajat untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings