the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banduan tahanan rumah akan dipakaikan peranti pengesan apabila Akta direalisasikan – Saifuddin

PASIR MAS: Banduan yang menjalani tahanan rumah akan dipakaikan dengan alat peranti pengesan apabila Rang Undang-Undang (RUU) akta baharu tahanan rumah yang dicadangkan diluluskan Parlimen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pemakaian alat itu bertujuan untuk mengesan kedudukan banduan yang sedang menjalani perintah di bawah akta terbabit.

“Undang-undang sedia ada ketika ini tidak mempunyai peruntukan yang membolehkan pesalah menjalani hukuman di tahanan rumah.

“Oleh itu, RUU akta baharu ini juga mampu membantu mengurangkan masalah kesesakan dalam penjara yang ketika ini sedang berlaku di penjara seluruh negara,“ katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Santuni MADANI Komisioner Jeneral Penjara di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata berdasarkan rekod jumlah banduan di seluruh negara ketika ini mencecah 87,000 orang sedangkan kapasiti penjara hanya mampu menampung 74,000 orang.

“Oleh itu, kementerian saya menyasarkan 28,000 banduan menjalani tahanan reman di rumah apabila akta ini direalisasikan,“ katanya.

Beliau berkata RUU akta berkenaan hanya akan melibatkan pesalah yang berstatus tahanan reman dalam penjara dan tidak melibatkan pesalah yang terlibat jenayah berat seperti rogol atau dadah.

Saifuddin Nasution berkata Kabinet juga telah memberikan keputusan dasar untuk memulakan RUU akta itu dan kementeriannya akan mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings