the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah terlihat iklan pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan pada Oktober lepas.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan iklan itu telah menekan pautan yang diberikan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Mangsa telah ditawarkan keuntungan hingga 40 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat dalam masa 10 minit.

“Percaya dengan keuntungan yang dijanjikan, antara November hingga awal Disember lepas mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM1.63 juta ke beberapa akaun bank diarahkan suspek.

“Mangsa juga telah mengikut arahan suspek dengan memuat turun aplikasi dan kemudian mendaftar akaun dalam aplikasi itu bagi memantau pelaburannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata selepas bayaran dibuat, mangsa melihat status pelaburannya melalui aplikasi itu telah mencatat keuntungan, mangsa yang mahu mengeluarkan keuntungan yang diperoleh hanya diberikan wang sebanyak RM44,200 sahaja.

Mangsa katanya, percaya dirinya telah ditipu setelah suspek gagal dihubungi dan akses ke aplikasi sebelum ini telah disekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan menarik,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings