the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjawat awam rugi RM148,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM148,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan menerusi satu aplikasi WhatsApp pada bulan September lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ia bermula apabila lelaki berumur 46 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu itu menyertai satu pelaburan saham dengan memuat naik satu aplikasi khusus untuk rekod pelaburan.

Beliau berkata lelaki itu bagaimanapun tidak pernah berjumpa dengan mana-mana individu atau pergi ke pejabat pelaburan berkenaan, atau menerima sebarang dokumen berkaitan pelaburannya itu, dan hanya diminta memuat naik satu aplikasi pada 16 Sept lepas.

Azli berkata penjawat awam itu telah membuat 28 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM138,000 untuk bayaran modal antara 19 Sept dan 24 Okt lepas, ke tiga akaun bank berbeza seperti yang diarahkan oleh individu dalam kumpulan WhatsApp pelaburan berkenaan.

“Berdasarkan maklumat di aplikasi berkenaan, lelaki itu mendapati dia telah mengumpul keuntungan pelaburan RM133,253 dan berjaya membuat sedikit pengeluaran, namun selepas itu akaunnya dibekukan dan dia dikenakan penalti RM25,000 jika ingin mengeluarkan wang keuntungan saham,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lelaki itu membayar penalti RM10,000 kononnya untuk mengeluarkan baki wang keuntungan pelaburan, namun apabila suspek meningkatkan nilai penalti, dia mulai berasa tertipu, dan membuat laporan polis petang semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings